Geng Bas Sekolah

February 28, 2012

Badrulamin - Kaki Ku Di Muka Mu


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron sedia berundur daripada parti jika kes khalwat yang sedang dihadapinya mendatangkan mudarat serta boleh menjejaskan perjuangan parti itu.

Badrulamin, 51, yang juga Pengarah Penerangan di Pejabat Menteri Besar Selangor berkata biarpun keputusan terbabit belum muktamad, tetapi sudah menimbang untuk berehat daripada sebarang jawatan parti dan negeri serta rela menghadapi kesnya seorang diri.

Ini kerana, katanya, dia tidak mahu mengheret perjuangan parti serta ahlinya bersama kontroversi yang menyelubunginya.
Saya sudah menimbang untuk berehat daripada jawatan parti dan negeri sebelum keluar cadangan dari Pejabat Menteri Besar Selangor (untuk bercuti)..cuma saya belum buat apa-apa keputusan kerana perlu bertanya kepada kawan-kawan.

Sekiranya saya mengambil keputusan untuk berehat ia bukan kerana tekanan mereka tetapi ini pilihan saya. Saya berfikir beginilah sekiranya ada perkara yang boleh memudaratkan jemaah kita atau institusi yang kita wakili janganlah mereka mudarat, biarlah saya mudarat seorang, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberi keterangan hampir tiga jam di Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini berhubung kes khalwatnya bersama seorang wanita di sebuah hotel di Balok, dekat sini, kira-kira jam 3 pagi, Sabtu lalu.


Elokpun ko blah. Ko ni buat malu orang islam je. Dah lah dulu samakan pakcik Anwar dengan Imam mahdi. Sekarang ko tibai bini orang pulak. Lepas ni ntah kerja gila apa pulak ko buat.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

Salam semua;
Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.